1 April 2012

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

        Terdapat empat ciri penting di dalam individu iaitu motivasi yang kuat. Kebolehan mengatasi semua kesukaran, bersikap positif dan tidak mudah mengalah. Kedua, trait yang positif iaitu trait psikologi yang objektif dan komitmen bagi menyelesaikan masalah yang berkebolehan bekerjasama dengan orang lain untuk mencapai kejayaan. Ketiga, jati diri ialah seseorang yang berkebolehan tetapi sedar tentang kekurangan dan batasan yang akan dihadapi. Keupayaan psikologi amatlah penting supaya tidak mudah berputus asa menyelesaikan masalah. Keempat, membina kemahiran menerangkan model penyelesaian masalah yang merangkumi model penyelesaian masalah enam langkah ( Chang dan Kelly,1993 ) dan model penyelesaian masalah lapan langkah ( Francis, 1990 ).

Terdapat enam jenis masalah untuk diklasifikasikan mengikut kategori masalah. Misteri ialah satu situasi penyelewengan daripada keadaan yang biasa  berlaku seperti terjadinya sesuatu peristiwa yang tidak dapat diterangkan menggunakan akal fikiran. Kedua, tugasan( assignment ) iaitu memperincikan kriteria-kriteria bagi mencapai objektif  seperti penjadualan, peruntukan sumber, kriteria kejayaan dan lain-lain mengikut kontrak antara ketua dan orang menjalankan kerja. Ketiga, kesukaran ( difficulties ) ialah perkara yang sukar dicapai. Ada dua sebab iaitu tidak tahu menguruskan situasi atau sumber yang ada sudah mencukupi. Kesukaran juga dapat dibahagikan kepada dua iaitu subjektif ( sifat negatif /mental blok pada individu ) dan objektif ( perkara yang menghalang kemajuan yang berada di luar individu ). Keempat, peluang ( opportunities ) iaitu membawa keuntungan yang menerbitkan peluang hasil daripada usaha kita. Kelima, tidak pasti ( puzzles ) iaitu situasi itu kita ketahui tetapi kita tidak pasti jawapan itu benar atau tidak. Keenam, dilema merangkumi dua opsyen yang boleh dilaksanakan.

Model penyelesaian masalah secara saintifik dan logik ialah mendefinisikan masalah, mengelaskan masalah, tentukan objektif, tentukan ukuran kejayaan, kutipan data, membuat keputusan dan melaksanakan keputusan yang diambil.

Penilaian adalah tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil. Antaranya ialah penyelesaian secara saintifik yang terdiri daripada mengadakan hipotesis, mengumpul maklumat dan membuat kesimpulan. Penyelesaian secara kreatif/lateral merangkumi ciri-ciri seperti tidak bersifat kritikal ( cara penilaian betul atau salah ), tidak bersifat analitikal ( cuba memahami sesuatu masalah melalui fakta ) dan tidak bersifat vertical ( berfikir menurut logik sebab ). Terdapat dua buku iaitu Enam Topi Berfikir ( Topi Hijau, Topi Kuning, Topi Putih, Topi Hitam, Topi Merah dan Topi Biru ) dan Enam Kasut Bertindak ( Kasut formal biru laut, Kasut kelabu, Kasut perang, Boot oren, Selipar merah jambu dan Kasut tunggangan ungu ). Penyelesaian melalui perasaan ialah menyelesaikan masalah melalui pemikiran yang merangkumi kebolehan mengetahui emosi sendiri, pengurusan emosi, meningkatkan motivasi, mengenal emosi orang lain dan menjalin persaudaraan. Penyelesaian secara Islam mempunyai corak iaitu Pendekatan Hukum ( sifat rasional dan intelektual ) dan Pendekatan Sufi ( moral dan spiritual ).


'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)

Tiada ulasan: