18 November 2012

MENGENALI JODOH ANDA


Assalamualaikum dan salam sejahtera... ^_^

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip dan berkongsi dengan kamu semua...Bila melihat pasangan di luar sana, terasa sunyi pula tetapi biarlah diri ni terus bercinta dengan Allah... Mudah2an dipertemukan dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah.. Semoga kawan2 saya terus bahagia dengan pasangan2 mereka sehingga berkekalan hingga ke akhir hayat...amin...

Jom kita mengetahui dan mengenali siapa jodoh kita... Adakah di depan mata kita itu jodoh kita??? adakah orang yang kita setia, menunggu selama ni jodoh kita??? huhuhu...Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta atau amalan jodoh di internet, televisyen ataupun cinta monyet. Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu….

1)      Jodoh dari SYAITAN
Ini bermaksud lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2)      Jodoh dari JIN
Ini bermaksud lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tersebut.

3)      Jodoh dari ALLAH
Ini pula membawa maksud pandangan 2pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi dan perempuan ini menerima kedatangan lelaki ini sebagai suaminya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas nikah adalah satu2nya yang diredhai Allah. Bercinta sampai ke syurga. Amin…

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Mencari jodoh berdasarkan Islam, InsyaAllah akan 
membahagiakan hidup anda di dunia dan akhirat..Ada serba sedikit bingkisan doa yang boleh kita amalkan...Saya pun akan cuba untuk mengamalkan doa ini...InsyaAllah..



Sesiapa perlukan sesuatu untuk mententeramkan diri kita, bolehlah baca doa putus 
cinta ini, perbanyakkan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah.. 
Apa yang 
berlaku pasti ada hikmahnya...
InsyaAllah ada yang terbaik untuk diri kita...


Harap doa ini dan cara ini dapat membantu kita... Jika ada yang tersilap, perbetulkan dan jika ada penambahan ke pandangan ingin berkongsi... dipersilakan komen di ruangan komen..terima kasih... 








'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)

Tiada ulasan: