12 Disember 2012

CINTA....


Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita suatu hari nanti. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan hati si dia.

CINTA adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang maha esa kepada hambanya. Kerana cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang cuba membuat keputusan apakah makna sebenar cinta.

Dulu saya tidak berapa kenal apa itu CINTA.. tetapi kehadiran seseorang dalam hidupku membuat diri ini bahagia sangat..tetapi adakah kebahagiaan itu akan berkekalan??? Pelbagai persoalan yang timbul tetapi hanya mampu berdoa agar segala-galanya dipermudahkan…

Namun saya cuba membuat kesimpulan sendiri..Jika ada yang salah, kamu semua boleh tinggalkan komen di ruangan yang disediakan…hehehe… Cinta itu merangkumi seluruh kehidupan.  Cinta sebenarnya dalah…..

Amanah dari Allah

Apabila kita jatuh hati pada seseorang, kita rasa seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas. Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi, tidak salah juga mahu memiliki hati dan kasih sayang mereka. Namun bukan itu yang lebih utama, kerana orang yang kita cinta belum tentu  jodoh kita. Jadi dengan rasa cinta yang diamanahkan Allah kepada kita, kita akan hulurkan apa sahaja yang terbaik dengan jalan yang betul.
Cinta itu boleh dijadikan sebagai tanggungjawab. Tanggungjawab itu sebagai kita perlu melindungi, menyayangi, mengasihani tanpa mengharapkan sebarang balasan melainkan redha Allah.

Mari kita susuli kenapa cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu sebenar-sebenarnya adalah amanah:


(1) Kita diwajibkan atau diamanahkan mencintai Allah melebihi segala-galanya dalam dunia ini. Selepas itu kita perlu mencintai Rasulullah melebihi cinta kita kepada diri sendiri. Samada kita suka atau tidak, kita akur ataupun ingkar, itulah amanah/cinta pertama yang perlu kita lakukan.



(2) Mencintai, menyayangi dan mengasihi ibu bapa juga adalah amanah dari Allah. Kita perlu berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, sentiasa berdoa dan menghormati mereka.



(3) Apabila Allah temukan kita dengan seseorang yang kita cintai, kita bertanggungjawab untuk tidak mengkhianatinya, jaga kehormatannya, khabarkan kepadanya tentang cinta Allah dan tidak mengharapkan sebarang balasan melainkan kehendak untuk bersama (kahwin) demi menunju cinta Allah. Jika tidak dapat bersama kita tidak akan melukakan hatinya dan tidak akan memutuskan tali persahabatan dengannya. Inilah cinta, inilah amanah!



(4) Apabila mencintai wanita/lelaki yang belum halal, kita tidak boleh keluar berdua-duaan dengannya, tidak boleh bermanja-manja, berkasihan seperti pasangan yang telah berkahwin, tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh melihat aurat masing-masing. Pergilah melamar dan satukan dengan ikatan perkahwinan, jika tidak dapat bersama, redhalah dengan ketentuan-Nya. Kita telah melakukan tanggungjawab kita, selebihnya bergantung kepada qada dan qadar dari Allah. Ini adalah amanah, ini adalah cinta yang benar!



(5) Mencintai alam semesta. Allah berfirman di dalam Al-Quran “Manusia akan menghancurkan dunia ini dengan tangan-tangan mereka sendiri.” Sebagai manusia kita perlu mencintai alam ciptaan Allah, bukan menghancurkannya. Tetapi sikap rakus manusia yang tidak amanah dalam menjaga alam kurniaan Allah ini telah menghancurkan dunia ini sedikit demi sedikit.


“Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat, suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap ALLAH sebelum kepada manusia..”

JIka kita inginkan seseorang yang sempurna di mata kita, kita perlukan perbaiki diri kita sebelum kita dapat yang kita inginkan... 

'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)

Tiada ulasan: