11 Februari 2013

Kriteria seoang lelaki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada pg yg indah ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu dgn kamu semua tentang satu entry yg menarik... Semua orang mesti sudah merancang kriteria seorang lelaki yang kamu semua idamkan untuk dijadikan sebagai suami kita.. Saya ada baca satu buku yang diterbitkan oleh Ustazah Fatimah Syarha, byk input2 yg saya peroleh dr buku ni dan insha-Allah saya mesti perbaiki mana yg lemah...aaaminnn...

"First thing first" itulah words yg perlu kita mesti fikir sebelum membuat satu keputusan...Kriteria seorang lelaki yang saya impikan....beragama, berakhlak mulia, bertanggungjawab, jujur, setia dan ikhlas hidup bersama2 sehingga ke hujung nyawa...aaaminn...

Itu kriteria yang saya impikan...Mari kita ketahui kriteria seorang lelaki yg saya peroleh dari buku ini...

1) Beragama dan berakhlak mulia
Buat apa yang Allah suruh, meninggalkan apa yang Allah larang serta menghormati semua orang tidak kira tua atau muda.
2) Menjaga batas pergaulan
Maksudnya, kita mestilah berhubung atas dasar urusan. Jika di luar batas urusan, cuba elakkan. Elakkan telefon krn 2 sebab iaitu ingin teruja dgn suaranya dan suara tunang/bukan muhrim mudah menaikkan syahwat. Kita boleh mengangkat panggilan telefon seseorang tetapi janganlah bermanja2.
3) Berahsia dan tidak terbuka
Para ulama ramai berpesan agar jangan hebahkan pertunangan secara awam. Menimumkan komunikasi, Fokus pada perkara penting seperti keluarga seblah lelaki menziarahi keluarga sebelah perempuan. 
4) Seboleh2nya dia sudah bekerja bukannya masih belajar
Jika masih belajar, lelaki itu mesti kreatif mencari pendapatan sendiri. Miskin atau kaya, itu bukan kayu ukuran sebab yang paling penting lelaki itu mesti tahu kewajipan dia memberi nafkah dan sentiasa berusaha agar menjadi seorang lelaki/suami yang diredhai dan diberkati Allah.
5) Restu keluarga
Kita mestilah membuat sesuatu keputusan dengan mendapat restu keluarga. Restu keluarga yg dimaksudkan ialah mendapat restu dari kedua ibubapa kita.Jangan sesekali kita membelakangi kedua ibubapa kita. Bernikahlah dengan cara yang tidak melanggar syariat Islam, bukannya kahwin lari sampai ke Siam/luar mukim.
6) Tidak suami orang
Maksudnya, kita memilih pada orang tepat dan tidak menimbulkan masalah, fitnah pd suatu hari nanti. barulah cinta kita high class.


hehehe... Selain itu, kita boleh berdoa...Kalau kita sukakan seseorang,jangan beritahu si dia.. Nanti Allah kurangkan asa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah.. Allah maha mengetahui siapa jodoh kita.. Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah... aaaminnn...




'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)

31 Januari 2013

Ciri Muslim...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terdapat 10 ciri yang hebat untuk menjadi Muslim yang diredhai Allah, menjadi seorang Muslim yang sebenar agar kita dapat mendidik hati kita terus dekat dgnNya.. 

1) Aqidah yg sejahtera
2) Ibadah yg shahih
3) Akhlak yg mantap
4) Luas pengetahuan
5) Sihat tubuh badan
6) Mampu berdikari
7) Melawan nafsu
8) Sangat menjaga masa
9) Tersusun urusannya
10) Bermanfaat pd org lain

 Apabila saya menilai kembali diri ini, masih terdapat byk kekurangan yg perlu perbaiki utk 
menjadi seorang muslim yg diredhai Allah... Astagfirullah!!! Untuk menjadi Muslim yg benar-benar mantap, manusia yang hebat-hebat... kita pelu mendidik diri kita termasuklah saya mulai 
dari sekarang... Kita kena benar-benar didik diri ini untuk mengamalkan ciri-ciri itu ke 
dalam diri kita.. Kita kena berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu kerana kita ingin jadi seperti mereka.. Janganlah menjadi org yang hebat setakat di dunia sahaja tetapi  
jadilah orang yang hebat juga di dunia yang kekal abadi..
InsyaAllah, aaamiinnn....

Ini sekadar perkongsian, jika ada yang menambah just tinggalkan komen anda di bawah.. Jika ada yang salah pun, kamu semua boleh komen di ruangan yang disediakan... Terima kasih... :)

'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)

28 Januari 2013

BAKSIS LUMUT 5H4M

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Program Bakti Siswa yang dianjurkan oleh Dewan Penginapan Pelajar Tenaga Nasional Berhad (DPP TNB) telah berlangsung pada 19 hingga 23 Januari 2013. 
Baksis kami bertemakan "Titian Kasih, Tautan Ukhuwah" telah berkampung di Kampung Padang Tembak/Teluk Muruh, Lumut, Perak Darul Ridzuan. 
Program Baksis kali ini disertai seramai 35 orang mahasiswa/mahasiswi Universiti Utara Malaysia(UUM) 
selama 5hari 4malam yang dijalankan dengan suasana penuh meriah. 
Kedatangan kami disambut dengan tangan terbuka oleh pihak kampung dan kami
 tidak ada perasaan kurang selesa malah membuat kami berasa tidak ingin 
pulang ke kampung halaman masing2..
 
Persembahan dr pelajar SKDI

Family baksis tercinta                                                                                                          
Perasmian padang Futsal yg dirasmikan oleh MB Perak. Program ini berlangsung pd hari kedua baksis kami... 




                                                                                               
Berbakti dgn pljar drjah 6 SKDI.. Semoga kalian berjaya..
Malam terakhir bersama warga kampung












Sudah tiba utk kami kembali ke kampung halaman
   Selama kami berada di sana, terdapat pelbagai program dilaksanakan spt kami dapat mempelajari bagaimana hendak mengurus perniagaan ayam, mengenali syarikat bus Arwana dan byk lagi.. Disamping itu, kami dapat mengenali gaya hidup warga kampung tersebut.. Kami harap persahabatan kami dgn warga kampung tetap berkekalan hingga hujung nyawa kami...aaaammmiinnn

'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)

12 Disember 2012

CINTA....


Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita suatu hari nanti. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan hati si dia.

CINTA adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang maha esa kepada hambanya. Kerana cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang cuba membuat keputusan apakah makna sebenar cinta.

Dulu saya tidak berapa kenal apa itu CINTA.. tetapi kehadiran seseorang dalam hidupku membuat diri ini bahagia sangat..tetapi adakah kebahagiaan itu akan berkekalan??? Pelbagai persoalan yang timbul tetapi hanya mampu berdoa agar segala-galanya dipermudahkan…

Namun saya cuba membuat kesimpulan sendiri..Jika ada yang salah, kamu semua boleh tinggalkan komen di ruangan yang disediakan…hehehe… Cinta itu merangkumi seluruh kehidupan.  Cinta sebenarnya dalah…..

Amanah dari Allah

Apabila kita jatuh hati pada seseorang, kita rasa seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas. Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi, tidak salah juga mahu memiliki hati dan kasih sayang mereka. Namun bukan itu yang lebih utama, kerana orang yang kita cinta belum tentu  jodoh kita. Jadi dengan rasa cinta yang diamanahkan Allah kepada kita, kita akan hulurkan apa sahaja yang terbaik dengan jalan yang betul.
Cinta itu boleh dijadikan sebagai tanggungjawab. Tanggungjawab itu sebagai kita perlu melindungi, menyayangi, mengasihani tanpa mengharapkan sebarang balasan melainkan redha Allah.

Mari kita susuli kenapa cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu sebenar-sebenarnya adalah amanah:


(1) Kita diwajibkan atau diamanahkan mencintai Allah melebihi segala-galanya dalam dunia ini. Selepas itu kita perlu mencintai Rasulullah melebihi cinta kita kepada diri sendiri. Samada kita suka atau tidak, kita akur ataupun ingkar, itulah amanah/cinta pertama yang perlu kita lakukan.



(2) Mencintai, menyayangi dan mengasihi ibu bapa juga adalah amanah dari Allah. Kita perlu berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, sentiasa berdoa dan menghormati mereka.



(3) Apabila Allah temukan kita dengan seseorang yang kita cintai, kita bertanggungjawab untuk tidak mengkhianatinya, jaga kehormatannya, khabarkan kepadanya tentang cinta Allah dan tidak mengharapkan sebarang balasan melainkan kehendak untuk bersama (kahwin) demi menunju cinta Allah. Jika tidak dapat bersama kita tidak akan melukakan hatinya dan tidak akan memutuskan tali persahabatan dengannya. Inilah cinta, inilah amanah!



(4) Apabila mencintai wanita/lelaki yang belum halal, kita tidak boleh keluar berdua-duaan dengannya, tidak boleh bermanja-manja, berkasihan seperti pasangan yang telah berkahwin, tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh melihat aurat masing-masing. Pergilah melamar dan satukan dengan ikatan perkahwinan, jika tidak dapat bersama, redhalah dengan ketentuan-Nya. Kita telah melakukan tanggungjawab kita, selebihnya bergantung kepada qada dan qadar dari Allah. Ini adalah amanah, ini adalah cinta yang benar!



(5) Mencintai alam semesta. Allah berfirman di dalam Al-Quran “Manusia akan menghancurkan dunia ini dengan tangan-tangan mereka sendiri.” Sebagai manusia kita perlu mencintai alam ciptaan Allah, bukan menghancurkannya. Tetapi sikap rakus manusia yang tidak amanah dalam menjaga alam kurniaan Allah ini telah menghancurkan dunia ini sedikit demi sedikit.


“Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat, suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap ALLAH sebelum kepada manusia..”

JIka kita inginkan seseorang yang sempurna di mata kita, kita perlukan perbaiki diri kita sebelum kita dapat yang kita inginkan... 

'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)

18 November 2012

MENGENALI JODOH ANDA


Assalamualaikum dan salam sejahtera... ^_^

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip dan berkongsi dengan kamu semua...Bila melihat pasangan di luar sana, terasa sunyi pula tetapi biarlah diri ni terus bercinta dengan Allah... Mudah2an dipertemukan dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah.. Semoga kawan2 saya terus bahagia dengan pasangan2 mereka sehingga berkekalan hingga ke akhir hayat...amin...

Jom kita mengetahui dan mengenali siapa jodoh kita... Adakah di depan mata kita itu jodoh kita??? adakah orang yang kita setia, menunggu selama ni jodoh kita??? huhuhu...Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta atau amalan jodoh di internet, televisyen ataupun cinta monyet. Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu….

1)      Jodoh dari SYAITAN
Ini bermaksud lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2)      Jodoh dari JIN
Ini bermaksud lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tersebut.

3)      Jodoh dari ALLAH
Ini pula membawa maksud pandangan 2pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi dan perempuan ini menerima kedatangan lelaki ini sebagai suaminya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas nikah adalah satu2nya yang diredhai Allah. Bercinta sampai ke syurga. Amin…

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Mencari jodoh berdasarkan Islam, InsyaAllah akan 
membahagiakan hidup anda di dunia dan akhirat..Ada serba sedikit bingkisan doa yang boleh kita amalkan...Saya pun akan cuba untuk mengamalkan doa ini...InsyaAllah..



Sesiapa perlukan sesuatu untuk mententeramkan diri kita, bolehlah baca doa putus 
cinta ini, perbanyakkan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah.. 
Apa yang 
berlaku pasti ada hikmahnya...
InsyaAllah ada yang terbaik untuk diri kita...


Harap doa ini dan cara ini dapat membantu kita... Jika ada yang tersilap, perbetulkan dan jika ada penambahan ke pandangan ingin berkongsi... dipersilakan komen di ruangan komen..terima kasih... 








'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)

14 November 2012

KELEBIHAN MUHARAM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… ^_^

Tinggal 4/5jam sahaja lagi, umat Islam akan meninggalkan tahun 1433. 
Izinkan saya cerita serba sedikit tentang bulan Muharam. MUHARAM adalah bulan pertama dalam kalendar Islam(Hijriah). Pada asasnya, Muharam bermaksud diharamkan atau dipantang iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. 
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. 
Rasulullah s.a.w telah menamatkan bulan Muharam sebagai bulan Allah.  


Pada saat ini, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua readers yang beragama Islam. Selamat tahun baru dan semoga tahun baru ini kita berubah menjadi umat/hamba yang lebih baik daripada sebelumnya. IsyaAllah… Semua orang mesti hendak mengetahui amalan sunat bagus di amalkan dalam bulan muharram kan? Jom kita ketahui dan amalkan dengan hati yang ikhlas, semoga amalan kita diberkati… amin..

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: 

  • Puasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali .
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali 




Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) serta fadhilatnya: 

  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
  • Bersabar/Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. 
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.
Jika ada silap dan salah sila hujahkan pandangan anda semua...jazakallah khairan sudi baca dan sama-samlah kita mengamalkan...

'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)

12 November 2012

LARANGAN BERCINTA


Assalamualaikum dan salam sejahtera... ^_^

First love or second love or third love or other than that? tidak kira kamu first love ke apa tetapi yang penting hati kita.. kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan adalah penting dalam sebuah perhubungan... Jika salah satu kamu ingkari lebih baik kamu menyelesaikan daripada menimbulkan persoalan bagi sebelah pihak.. 
Pernah bercinta tak? Pernah tak ? Alahaii . Cinta Monyet pun tak kan tak pernah kot ? Masa zaman budak-budak drjaah 1 , darjah 2 ke . HEHE . Oke . Now , dah meningkat dewasa . Mesti ramai yang pernah bercinta ? Bercinta boleh , tapi , JOM kita ketahui apa larangan dalam bercinta... hehehehe..



1. Jangan Bercinta Kerana Harta 
Tiada guna kalau bercinta dengan dilimpahi dengan harta. Harta datang dan pergi setiap saat. "CINTA" yang sesaat dapat diperoleh setiap saat tetapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta. So renung-renungkanlah yerk????

2. Jangan Bercinta Kerana Simpati 
Rasa tertarik dan simpati terhadap seseorang seringkali disalahertikan sebagai CINTA . Itu bukan perasaan CINTA! Ia boleh berubah dengan beberapa faktor seperti rupa paras , harta , tempat dan keadaan .  Perasaan itu buta , tidak tahan lama , dan tidak tahan diuji . Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan membuat mata . 

3. Jangan Bercinta Kerana Rupa Sahaja 
Kecantikan fizikal memang indah dan mudah saangat menggoda sesiapa sahaja , tetapi  ianya boleh luntur kerana usia  . Oleh itu , apa yang lebih penting ialah kecantikan dalaman seseorang kerana ianya tidak akan luntur selagi nyawa dikandung badan...

4. Jangan Bercinta Untuk Kepuasan Nafsu 
Seks penting dalam perhubungan suami isteri , namun ianya tidaklah boleh dijadikan sebagai tujuan utama mencari pasangan . Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan . Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri....

5. Jangan Bercinta Kerana Paksaan Keluarga 
Sebelum itu , saya minta maaf if tersalah kata . Seorang anak harus berbakti kepada keluarga , namun , tidak boleh menyerah dalam hal percintaan... Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka bahawa kamu tidak bersetuju dengan apa yang telah ditetapkan untuk mereka . 

6. Jangan Bercinta Untuk Membalas Jasa
Orang yang telah berbuat baik kena dibalas baik , jangan balas dengan CINTA .Ingat !! Jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan . Daripada mengundang derita , lebih baik mengelakkannya . Banyak lagi cara lain yang lebih ikhlas untuk membalas budi dan jangan memaksa diri untuk menerima seseorang yang bukan pilihan kita...

Jika terdapat pelbagai pandangan dan pendapat boleh share di sini...saya mengalu2kan komen anda..jazakalallah khairan atas sokongan anda semua... ^_^

'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)