18 November 2012

MENGENALI JODOH ANDA


Assalamualaikum dan salam sejahtera... ^_^

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip dan berkongsi dengan kamu semua...Bila melihat pasangan di luar sana, terasa sunyi pula tetapi biarlah diri ni terus bercinta dengan Allah... Mudah2an dipertemukan dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah.. Semoga kawan2 saya terus bahagia dengan pasangan2 mereka sehingga berkekalan hingga ke akhir hayat...amin...

Jom kita mengetahui dan mengenali siapa jodoh kita... Adakah di depan mata kita itu jodoh kita??? adakah orang yang kita setia, menunggu selama ni jodoh kita??? huhuhu...Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta atau amalan jodoh di internet, televisyen ataupun cinta monyet. Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu….

1)      Jodoh dari SYAITAN
Ini bermaksud lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2)      Jodoh dari JIN
Ini bermaksud lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tersebut.

3)      Jodoh dari ALLAH
Ini pula membawa maksud pandangan 2pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi dan perempuan ini menerima kedatangan lelaki ini sebagai suaminya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas nikah adalah satu2nya yang diredhai Allah. Bercinta sampai ke syurga. Amin…

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Mencari jodoh berdasarkan Islam, InsyaAllah akan 
membahagiakan hidup anda di dunia dan akhirat..Ada serba sedikit bingkisan doa yang boleh kita amalkan...Saya pun akan cuba untuk mengamalkan doa ini...InsyaAllah..



Sesiapa perlukan sesuatu untuk mententeramkan diri kita, bolehlah baca doa putus 
cinta ini, perbanyakkan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah.. 
Apa yang 
berlaku pasti ada hikmahnya...
InsyaAllah ada yang terbaik untuk diri kita...


Harap doa ini dan cara ini dapat membantu kita... Jika ada yang tersilap, perbetulkan dan jika ada penambahan ke pandangan ingin berkongsi... dipersilakan komen di ruangan komen..terima kasih... 








'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)

14 November 2012

KELEBIHAN MUHARAM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… ^_^

Tinggal 4/5jam sahaja lagi, umat Islam akan meninggalkan tahun 1433. 
Izinkan saya cerita serba sedikit tentang bulan Muharam. MUHARAM adalah bulan pertama dalam kalendar Islam(Hijriah). Pada asasnya, Muharam bermaksud diharamkan atau dipantang iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. 
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. 
Rasulullah s.a.w telah menamatkan bulan Muharam sebagai bulan Allah.  


Pada saat ini, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua readers yang beragama Islam. Selamat tahun baru dan semoga tahun baru ini kita berubah menjadi umat/hamba yang lebih baik daripada sebelumnya. IsyaAllah… Semua orang mesti hendak mengetahui amalan sunat bagus di amalkan dalam bulan muharram kan? Jom kita ketahui dan amalkan dengan hati yang ikhlas, semoga amalan kita diberkati… amin..

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: 

  • Puasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali .
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali 




Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) serta fadhilatnya: 

  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
  • Bersabar/Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. 
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.
Jika ada silap dan salah sila hujahkan pandangan anda semua...jazakallah khairan sudi baca dan sama-samlah kita mengamalkan...

'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)

12 November 2012

LARANGAN BERCINTA


Assalamualaikum dan salam sejahtera... ^_^

First love or second love or third love or other than that? tidak kira kamu first love ke apa tetapi yang penting hati kita.. kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan adalah penting dalam sebuah perhubungan... Jika salah satu kamu ingkari lebih baik kamu menyelesaikan daripada menimbulkan persoalan bagi sebelah pihak.. 
Pernah bercinta tak? Pernah tak ? Alahaii . Cinta Monyet pun tak kan tak pernah kot ? Masa zaman budak-budak drjaah 1 , darjah 2 ke . HEHE . Oke . Now , dah meningkat dewasa . Mesti ramai yang pernah bercinta ? Bercinta boleh , tapi , JOM kita ketahui apa larangan dalam bercinta... hehehehe..



1. Jangan Bercinta Kerana Harta 
Tiada guna kalau bercinta dengan dilimpahi dengan harta. Harta datang dan pergi setiap saat. "CINTA" yang sesaat dapat diperoleh setiap saat tetapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta. So renung-renungkanlah yerk????

2. Jangan Bercinta Kerana Simpati 
Rasa tertarik dan simpati terhadap seseorang seringkali disalahertikan sebagai CINTA . Itu bukan perasaan CINTA! Ia boleh berubah dengan beberapa faktor seperti rupa paras , harta , tempat dan keadaan .  Perasaan itu buta , tidak tahan lama , dan tidak tahan diuji . Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan membuat mata . 

3. Jangan Bercinta Kerana Rupa Sahaja 
Kecantikan fizikal memang indah dan mudah saangat menggoda sesiapa sahaja , tetapi  ianya boleh luntur kerana usia  . Oleh itu , apa yang lebih penting ialah kecantikan dalaman seseorang kerana ianya tidak akan luntur selagi nyawa dikandung badan...

4. Jangan Bercinta Untuk Kepuasan Nafsu 
Seks penting dalam perhubungan suami isteri , namun ianya tidaklah boleh dijadikan sebagai tujuan utama mencari pasangan . Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan . Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri....

5. Jangan Bercinta Kerana Paksaan Keluarga 
Sebelum itu , saya minta maaf if tersalah kata . Seorang anak harus berbakti kepada keluarga , namun , tidak boleh menyerah dalam hal percintaan... Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka bahawa kamu tidak bersetuju dengan apa yang telah ditetapkan untuk mereka . 

6. Jangan Bercinta Untuk Membalas Jasa
Orang yang telah berbuat baik kena dibalas baik , jangan balas dengan CINTA .Ingat !! Jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan . Daripada mengundang derita , lebih baik mengelakkannya . Banyak lagi cara lain yang lebih ikhlas untuk membalas budi dan jangan memaksa diri untuk menerima seseorang yang bukan pilihan kita...

Jika terdapat pelbagai pandangan dan pendapat boleh share di sini...saya mengalu2kan komen anda..jazakalallah khairan atas sokongan anda semua... ^_^

'/>


Terima Kasih kerana sudi baca...Like jika suka(^_^)