Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita suatu
hari nanti. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia
mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan
hati si dia.
CINTA adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu
anugerah yang amat bernilai dari Allah yang maha esa kepada hambanya. Kerana
cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang
cuba membuat keputusan apakah makna sebenar cinta.
Dulu saya tidak berapa kenal apa itu CINTA.. tetapi
kehadiran seseorang dalam hidupku membuat diri ini bahagia sangat..tetapi
adakah kebahagiaan itu akan berkekalan??? Pelbagai persoalan yang timbul tetapi
hanya mampu berdoa agar segala-galanya dipermudahkan…
Namun saya cuba membuat kesimpulan sendiri..Jika ada yang
salah, kamu semua boleh tinggalkan komen di ruangan yang disediakan…hehehe…
Cinta itu merangkumi seluruh kehidupan.
Cinta sebenarnya dalah…..
Amanah dari Allah
Apabila kita jatuh hati pada seseorang, kita rasa
seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia
mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas. Tidak
salah mahu mendampingi orang yang disayangi, tidak salah juga mahu memiliki
hati dan kasih sayang mereka. Namun bukan itu yang lebih utama, kerana orang
yang kita cinta belum tentu jodoh kita.
Jadi dengan rasa cinta yang diamanahkan Allah kepada kita, kita akan hulurkan
apa sahaja yang terbaik dengan jalan yang betul.
Cinta itu boleh dijadikan sebagai tanggungjawab.
Tanggungjawab itu sebagai kita perlu melindungi, menyayangi, mengasihani tanpa
mengharapkan sebarang balasan melainkan redha Allah.
Mari kita susuli
kenapa cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu sebenar-sebenarnya adalah
amanah:
(1) Kita diwajibkan atau diamanahkan mencintai
Allah melebihi segala-galanya dalam dunia ini. Selepas itu kita perlu mencintai
Rasulullah melebihi cinta kita kepada diri sendiri. Samada kita suka atau
tidak, kita akur ataupun ingkar, itulah amanah/cinta pertama yang perlu kita
lakukan.
(2) Mencintai, menyayangi dan mengasihi ibu bapa
juga adalah amanah dari Allah. Kita perlu berbuat baik kepada mereka, mentaati
mereka, sentiasa berdoa dan menghormati mereka.
(3) Apabila Allah temukan kita dengan seseorang
yang kita cintai, kita bertanggungjawab untuk tidak mengkhianatinya, jaga
kehormatannya, khabarkan kepadanya tentang cinta Allah dan tidak mengharapkan
sebarang balasan melainkan kehendak untuk bersama (kahwin) demi menunju cinta
Allah. Jika tidak dapat bersama kita tidak akan melukakan hatinya dan tidak
akan memutuskan tali persahabatan dengannya. Inilah cinta, inilah amanah!
(4) Apabila mencintai wanita/lelaki yang belum
halal, kita tidak boleh keluar berdua-duaan dengannya, tidak boleh
bermanja-manja, berkasihan seperti pasangan yang telah berkahwin, tidak boleh
bersentuhan dan tidak boleh melihat aurat masing-masing. Pergilah melamar dan
satukan dengan ikatan perkahwinan, jika tidak dapat bersama, redhalah dengan
ketentuan-Nya. Kita telah melakukan tanggungjawab kita, selebihnya bergantung
kepada qada dan qadar dari Allah. Ini adalah amanah, ini adalah cinta yang benar!
(5) Mencintai alam
semesta. Allah berfirman di dalam Al-Quran “Manusia akan menghancurkan dunia
ini dengan tangan-tangan mereka sendiri.” Sebagai manusia kita perlu mencintai
alam ciptaan Allah, bukan menghancurkannya. Tetapi sikap rakus manusia yang
tidak amanah dalam menjaga alam kurniaan Allah ini telah menghancurkan dunia
ini sedikit demi sedikit.
“Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita
tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat,
suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap
ALLAH sebelum kepada manusia..”
JIka kita inginkan seseorang yang sempurna di mata kita, kita perlukan perbaiki diri kita sebelum kita dapat yang kita inginkan...